Perkembangan Jangkitan COVID-19 (28 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 157 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,231 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan di Daerah Kota Kinabalu. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 248 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 34,038 orang. Sejumlah 1,544 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 597 orang di hospital dan 947 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 56 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada157 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 79 kes (50.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 50 kes (31.8%), saringan kluster-kluster sedia ada 17 kes (10.8%), dan 11 kes (7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,444 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,410 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 24.09%.