Perkembangan Jangkitan COVID-19 (24 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 249 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,415 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan iaitu masing-masin satu (1) kes di Daerah Semporna dan Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 235 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 33,118 orang. Sejumlah 1,675 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 605 orang di hospital dan 1,070 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kinabatangan dan Beaufort berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 249 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 149 kes (59.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 47 kes (18.9%), saringan kluster-kluster sedia ada 13 kes (5.2%), saringan kendiri 6 kes (2.4%) dan 34 kes (13.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,432 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,398 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 26.18%.

Terdapat empat (4) kes positif COVID-19 berjaya dikesan melalui saringan sebelum rentas negeri iaitu melibatkan dua (2) warganegara dan dua (2) bukan warganegara yang berhasrat berlepas ke Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.