Perkembangan Jangkitan COVID-19 (27 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 186 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,074 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan di Daerah Penampang. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 219 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 33,790 orang. Sejumlah 1,557 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 564 orang di hospital dan 993 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 56 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat berubah dari zon merah ke zon jingga.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Tawau iaitu Kluster Jalan SEDCO mencatatkan sebanyak sembilan (9) kes menjadikan jumlah kumulatif 14 kes. Kluster ini dikesan melalui saringan kontak rapat rakan sekerja di sebuah kedai menjual makanan sejuk beku.

Daripada186 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 109 kes (58.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 31 kes (16.7%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 30 kes (16.1%), dan 16 kes (8.6%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,444 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,410 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 24.29%.