Perkembangan Jangkitan COVID-19 (26 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 248 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,888 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan di Daerah Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 214 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 33,571 orang. Sejumlah 1,553 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 567 orang di hospital dan 986 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kunak berubah dari zon kuning ke zon jingga, manakala Daerah Tambunan berubah dari zon kuning ke zon hijau.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 248 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 169 kes (68.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 37 kes (14.9%), saringan kluster-kluster sedia ada 26 kes (10.5%), dan 16 kes (6.5%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,444 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,410 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 24.23%.