Perkembangan Jangkitan COVID-19 (25 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 225 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,640 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Lahad Datu dan Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 239 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 33,357 orang. Sejumlah 1,589 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 576 orang di hospital dan 1,013 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 61 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat bertukar dari zon jingga ke zon merah.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Kota Belud iaitu Kluster Pompod mencatatkan sebanyak empat (4) kes menjadikan jumlah kumulatif 19 kes. Kluster ini dikesan melalui saringan kontak rapat.

Daripada 225 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 125 kes (55.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 47 kes (20.9%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 38 kes (16.9%), saringan komuniti 1 kes (0.4%) dan 14 kes (6.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,444 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,410 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 24.79%.