Perkembangan Jangkitan COVID-19 (23 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 189 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,166 kes. Satu (1) kes kematian dicatatkan di Daerah Kota Kinabalu. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 286 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 32,883 orang. Sejumlah 1,679 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 608 orang di hospital dan 1,071 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat bertukar dari zon merah ke zon jingga. Manakala Daerah Tenom berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Tenom iaitu Kluster Saga Tengah sebanyak lima (5) kes menjadikan jumlah kumulatif 16 kes. Kluster ini dikesan berkaitan dengan majlis keramaian.

Daripada 189 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 111 kes (58.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 26 kes (13.8%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 21 kes (11.1%), saringan komuniti 1 kes (0.5%) dan 30 kes (15.9%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,428 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,394 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 26.26%.