Perkembangan Jangkitan COVID-19 (22 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 252 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 34,977 kes. Tiada kes kematian direkodkan.

Pada hari ini, seramai 394 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 32,597 orang. Sejumlah 1,707 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 605 orang di hospital dan 1,102 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat dan Ranau bertukar dari zon jingga ke zon merah, Daerah Pitas berubah dari zon jingga ke zon kuning dan Daerah Keningau bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Ranau iaitu Kluster Paginatan sebanyak 35 kes menjadikan jumlah kumulatif 47 kes.

Daripada 252 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 146 kes (58%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan kluster-kluster sedia ada 55 kes (21.8%), saringan bergejala 30 kes (11.9%), saringan komuniti 2 kes (0.8%) dan 19 kes (7.5%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,416 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,382 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 26.75%.