Perkembangan Jangkitan COVID-19 (21 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 247 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 34,725 kes. Satu (1) kes kematian dicatatkan di Daerah Kota Kinabalu. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 316 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 32,203 orang. Sejumlah 1,848 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 593 orang di hospital dan 1,255 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 59 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah direkodkan.

Pada hari ini tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 247 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 154 kes (62.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan kluster-kluster sedia ada 21 kes (8.5%), saringan bergejala 46 kes (18.6%), saringan komuniti 4 kes (1.6%) dan 15 kes (7.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,416 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,382 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 28.96%.