Perkembangan Jangkitan COVID-19 (20 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 196 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 34,478 kes. Dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) di Daerah Tawau dan Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 266 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 31,887 orang. Sejumlah 1,925 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 609 orang di hospital dan 1,316 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 60 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat berubah dari zon merah ke zon jingga, manakala Daerah Ranau berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Estate Maju sebanyak 18 kes menjadikan jumlah kumulatif 28 kes. Kluster ini dikesan melalui saringan kontak rapat dan saringan pekerjaan di sebuah kilang pemprosesan makanan haiwan.

Daripada 196 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 86 kes (43.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 49 kes (25%), saringan bergejala 46 kes (23.4%) dan 15 kes (7.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,416 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,382 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 30.16%.