Perkembangan Jangkitan COVID-19 (19 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 199 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 34,282 kes. Tiada kes kematian dilaporkan.

Pada hari ini, seramai 342 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 31,621 orang. Sejumlah 1,994 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 613 orang di hospital dan 1,381 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran berubah dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu dilaporkan iaitu:

i. Kluster Brumas di Kalabakan mencatatkan sebanyak enam (6) kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif 16 kes, Kluster ini dikesan melalui saringan kontak rapat di Kem Brumas Kalabakan; dan

ii. Kluster Keris Residence di Daerah Kota Kinabalu mencatatkan 38 kes hari ini dan jumlah kumulatif 41 kes.

Daripada 199 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 79 kes (39.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 71 kes (35.7%), saringan bergejala 30 kes (15.1%), saringan pra kemasukan wad 4 kes (2%), saringan komuniti 2 kes (1%) dan 13 kes (6.5%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,416 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,382 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 31.24%.