Perkembangan Jangkitan COVID-19 (18 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 260 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 34,083 kes. Tiada kes kematian dilaporkan.

Pada hari ini, seramai 274 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 31,279 orang. Sejumlah 2,048 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 615 orang di hospital dan 1,433 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 61 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kalabakan bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Penampang iaitu Kluster Sugud mencatatkan lima (5) kes hari ini menjadikan kumulatif 26 kes. Kluster ini berpunca dari aktiviti sosial melibatkan tiga buah Kampung iaitu Kg. Timpangoh Sugud, Kg. Tirig dan Kg. Timpayasa.

Daripada 260 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 135 kes (51.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 49 kes (18.8%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 47 kes (18.1%), saringan pra kemasukan wad 8 kes (3.1%), saringan komuniti 2 kes (0.8%) dan
19 kes (7.3%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 966 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,416 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,382 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 32.09%.