Perkembangan Jangkitan COVID-19 (17 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 184 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,823 kes. Dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Kota Kinabalu dan Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 263 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 31,005 orang. Sejumlah 2,117 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 643 orang di hospital dan 1,474 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 58 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kunak bertukar dari zon hijau ke zon kuning.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Ranau iaitu Kluster Maringkan mencatatkan satu (1) kes hari ini menjadikan kumulatif 11 kes. Kluster ini berkaitan mesyuarat geran tanah.

Daripada 184 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 98 kes (53.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 12 daerah, saringan bergejala 37 kes (20.1%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 13 kes (7%), saringan komuniti 7 kes (3.8%) dan 29 kes (15.8%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 948 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,416 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,364 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 33.27%.