Perkembangan Jangkitan COVID-19 (16 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 268 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,639 kes. Lima (5) kes kematian dicatatkan iaitu tiga (3) kes di Daerah Tawau dan dua (2) kes di Daerah Lahad Datu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 459 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 30,742 orang. Sejumlah 2,068 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 606 orang di hospital dan 1,462 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kunak bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Bukit Punai mencatatkan lima (5) kes hari ini menjadikan kumulatif 7 kes.

Daripada 268 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 108 kes (40.3%) adalah berpunca dari saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada,106 kes (39.6%) dari saringan kontak rapat di 14 daerah, saringan bergejala 28 kes (10.4%), saringan komuniti 4 kes (1.5%) dan 22 kes (8.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 948 unit.
Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah
5,566 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,514 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 31.75%.