Perkembangan Jangkitan COVID-19 (15 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 260 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,371 kes. Tiga (3) kes kematian dicatatkan di Daerah Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 400 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 30,283 orang. Sejumlah 2,192 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 603 orang di hospital dan 1,589 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 60 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Sipitang bertukar dari zon hijau ke zon kuning

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 260 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 139 kes (53.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 15 daerah, 52 kes (20%) dari saringan kluster-kluster sedia ada, saringan bergejala 34 kes (13.1%), saringan komuniti 8 kes (3%) dan 27 kes (10.4%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,001 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,566 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,567 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 33.38%.