Perkembangan Jangkitan COVID-19 (14 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 283 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,111 kes. Dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) di Daerah Tawau dan Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 434 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 29,883 orang. Sejumlah 2,143 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 614 orang di hospital dan 1,529 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 61 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 283 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 155 kes (54.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 10 daerah, 64 kes (22.6%) dari saringan kluster-kluster sedia ada, saringan bergejala 36 kes (12.7%), saringan komuniti 6 kes (2.1%) dan 22 kes (7.8%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,029 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,566 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,595 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 32.49%.