Perkembangan Jangkitan COVID-19 (13 Disember 2020)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 333 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 32,828 kes. Tiada kes kematian dicatatkan.

Pada hari ini, seramai 245 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 29,449 orang. Sejumlah 1,904 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 629 orang di hospital dan 1,275 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 62 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Jumlah kes yang tinggi hari ini berpunca dari saringan kluster-kluster sedia ada iaitu sebanyak 12 kluster yang mencatatkan 166 kes. Kluster yang merekodkan jumlah tertinggi ialah Kluster Rumah Merah 78 kes.

Daripada 333 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 166 kes (49.9%) adalah berpunca dari saringan kluster-kluster sedia ada, 104 kes (31.2%) dari saringan kontak rapat di 13 daerah, saringan bergejala 42 kes (12.6%), saringan komuniti 2 kes (0.6%) dan 19 kes (5.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,029 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,566 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,595 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 28.87%.