Perkembangan Jangkitan COVID-19 (11 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 532 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 32,066 kes. Lima (5) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) kes di Daerah Papar dan satu (1) kes masing-masing di Daerah Putatan, Tawau dan Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 233 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 28,923 orang. Sejumlah 1,805 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 629 orang di hospital dan 1,176 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada Penambahan zon merah direkodkan.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Jumlah kes yang tinggi hari ini berpunca dari saringan di dua (2) kluster iaitu, Kluster Rumah Merah di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal yang merekodkan sebanyak 150 kes dan Kluster Dbajaru di Daerah Lahad Datu mencatatkan 133 kes.

Daripada 532 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 326 kes (61.3%) adalah berpunca dari saringan kluster-kluster sedia ada, 127 kes (23.9%) dari saringan kontak rapat di 13 daerah, saringan bergejala 43 kes (8.1%), saringan komuniti 11 kes (2%) dan 25 kes (4.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,029 unit.
Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,427 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,456 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 27.96%.