Perkembangan Jangkitan COVID-19 (09 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 203 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31,260 kes. Dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) di Daerah Tuaran dan Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 387 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 28,425 orang. Sejumlah 1,871 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 601 orang di hospital dan 1,270 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 59 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada Penambahan zon merah pada hari ini.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Penampang iaitu Kluster Kupi-Kupi yang mencatatkan satu (1) kes menjadikan kumulatif 12 kes. Kluster ini dikesan melalui saringan di sebuah kedai makan.

Daripada 203 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 107 kes (52.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 16 daerah, 36 kes (25.46%) dari saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 31 kes (15.3%), saringan komuniti satu (1) kes (0.5%), saringan tempat kerja 3 kes (1.5%) dan 25 kes (12.3%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,029 unit.
Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah
5,777 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,806 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 27.49%.