Perkembangan Jangkitan COVID-19 (08 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 271 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31,057 kes. Empat (4) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) kes di Daerah Tawau dan masing-masing satu (1) di Tuaran dan Lahad Datu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 237 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 28,038 orang. Sejumlah 2,005 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 631 orang di hospital dan 1,374 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 64 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada Penambahan zon merah pada hari ini.

Tiada kluster baharu dicatatkan.

Daripada 271 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 120 kes (44.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 15 daerah, 69 kes (25.46%) daripada saringan kluster sedia ada, saringan bergejala 53 kes (19.6%), saringan komuniti lapan (8) kes (3%), Saringan Tempat Kerja 16 kes (5.9%) dan 5 kes (1.8%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,029 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,777 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,806 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 29.46%.