Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Nasakot
Komuniti
31 Ogos 2021
3 Ogos 2021
31
Ranau
Ranau
Kluster Nasakot - Ranau adalah kluster jenis komuniti yang berlaku di Kg Nasakot,
Ranau. Kes indeks adalah wanita, 40, yang membawa anak yang juga pesakit
Talasemia dan dikesan positif (RTK-Ag) semasa saringan pra-kemasukan wad
pada 20 Ogos 2021. Siasatan awal mendapati, kes indeks membawa anaknya
untuk transfusi di Hospital Ranau pada 03 Ogos 2021 dan saringan kemasukan wad
adalah negatif. Oleh itu, mereka telah dibenarkan keluar pada 05 Ogos 2021 dan
hanya berada di rumah sejak 06 Ogos 2021. Namun, pada 12 Ogos 2021 kes indeks
mula menunjukkan gejala demam, selesema, hilang deria rasa dan bau. Tidak
endah dengan simptom, pada 14 Ogos 2021, kes indeks telah menghadiri majlis
pengebumian ahli keluarga yang berlanjutan selama tujuh hari bersama-sama
hampir keseluruhan penduduk Kg Nasakot. Saringan kontak rapat telah dijalankan
pada 21 hingga 23 Ogos 2021 dan berjaya mengesan empat (4) kontak rapat yang
menjadi sub-indeks untuk kes-kes seterusnya.

Perkumpulan beramai-ramai semasa majlis pengebumian ini mencetus penularan
wabak dalam komuniti Kg Nasakot dan Kg Tanid di Mukim Malinsau. Daripada 95
kontak yang disaring, 31 individu dikesan positif dalam kluster ini termasuk dua (2)
kes baharu hari ini.