Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Pin Supu
28 Ogos 2021
14 Ogos 2021
34
Kinabatangan
Kinabatangan
Kluster Pin Supu - Kinabatangan merupakan kluster jenis tempat kerja iaitu di ladang kelapa sawit dalam Mukim Sukau, Kinabatangan. Kes indeks adalah pekerja ladang, wanita, 40, warganegara Indonesia disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) di Hospital Kinabatangan pada 22 Ogos 2021. Kes indeks yang mula bersimptom sejak 14 Ogos 2021, telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya. Aktiviti persampelan kontak terhadap 129 individu mendapati seramai 34 kes positif termasuk 32 kes baharu hari ini dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan. Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan.