Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Lima
Komuniti
28 Ogos 2021
20 Ogos 2021
61
Nabawan
Nabawan
Kluster Lima - Nabawan adalah kluster komuniti yang dikesan melibatkan aktiviti sosial sempena satu majlis perkahwinan di Kg Lima. Kes indeks merupakan lelaki, 22, yang disahkan positif COVID-19 pada 20 Ogos 2021 selepas mengalami gejala demam, batuk, dan sakit sendi bermula 18 Ogos 2021. Siasatan mendapati kes ini kemungkinan mendapat jangkitan dari komuniti. Pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 134 individu terdiri daripada ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual mendapati 61 lagi kes positif termasuk empat (4) kes baharu hari ini. Manakala, 21 individu masih menunggu keputusan saringan pertama, sementara 53 individu negatif sample pertama. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan menjalani pengasingan. Kontak-kontak rapat juga telah diberikan arahan kuarantin untuk pengasingan