Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Muhibbah Menggatal
Komuniti
29 Jun 2021
20 Jun 2021
41
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran
Kluster Muhibbah Menggatal - Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Darat Kota Kinabalu dan turut merekodkan penularan di tiga buah daerah iaitu Kota Kinabalu, Tuaran serta Penampang. Kes indeks merupakan pemandu lelaki, 49, di salah sebuah badan berkanun di pusat bandaraya yang disahkan positif COVID-19 melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Menggatal pada 20 Jun 2021. Aktiviti pengesanan kontak serta saringan secara bersasar di lokaliti terbabit yang dijalankan Pasukan Kawalan JKNS kemudiannya mendapati 40 lagi kes positif termasuk enam (6) kes baharu pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 41 kes. Berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan berkemungkinan merebak dalam komuniti kampung berkenaan. Saringan bersasar dan siasatan lanjut masih giat dijalankan.