Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kg Kebayau
Komuniti
13 Jun 2021
3 Jun 2021
27
Kota Belud
Kota Belud, Keningau
Kluster Kg Kebayau; Kota Belud, Keningau berkaitan rapat dengan majlis pengembumian di Kg Kebayau pada 26 Mei 2021. Kes indeks merupakan tukang bina rumah, lelaki, 26, bergejala demam, batuk, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa sejak 30 Mei 2021, sebelum disahkan positif COVID-19 pada 03 Jun 2021. Hasil pengesanan secara aktif dan saringan telah dijalankan ke atas 112 individu dalam kalangan ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual. Daripada jumlah itu, 27 individu dikesan positif, lapan (8) individu masih menunggu keputusan saringan pertama, manakala baki didapati negatif. Kes positif dalam kluster ini meliputi 23 kes yang didaftarkan di daerah Kota Belud, sementara empat (4) kes di daerah Keningau. Semua kes positif telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth dan PKRC.