Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Eioz Selatan
Tempat Kerja
13 Jun 2021
3 Jun 2021
10
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran
Kluster Eioz Selatan ; Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja melibatkan kakitangan Servay Express Warehouse di KKIP Selatan Kota Kinabalu. Kebanyakan kes positif terdiri daripada pekerja dari daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran, malah telah merebak kepada generasi kedua iaitu ahli keluarga kepada kakitangan di gudang terbabit. Kes indeks adalah pekerja am, lelaki, 23, tinggal di Taman Sri Rugading Tuaran disahkan positif COVID-19 pada 03 Jun 2021, setelah mengalami gejala sejak 31 Mei 2021 di Hospital Tuaran. Susulan kes itu, saringan kontak rapat terhadap 40 rakan sekerja dan ahli keluarga mengesan sembilan (9) lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10 kes merangkumi tujuh (7) kes di Kota Kinabalu, dua (2) kes di Tuaran dan satu (1) di Penampang. Sementara itu, 12 kontak didapati negatif manakala empat (4) sampel masih menunggu keputusan. Aktiviti pengesanan kontak dan siasatan punca jangkitan giat dijalankan.