Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kg Baru
Komuniti
12 Jun 2021
26 Mei 2021
36
Sipitang
Sipitang
Kluster Kg Baru - Sipitang melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sindumin daerah Sipitang. Kes indeks adalah warganegara, lelaki, 58, disahkan positif (RTK Antigen 100%) pada 26 Mei 2021, selepas dikesan sebagai kontak rapat kepada anak buahnya. Kes indeks juga mengalami simptom batuk, sakit kepala dan malaise sejak 23 Mei 2021 serta mempunyai sejarah pergerakan ke luar daerah iaitu ke Keningau pada 16 Mei 2021. Hasil pengesanan dan saringan kontak yang melibatkan kaitan epidemiologi sama iaitu menghadiri rumah ibadat di SFI, 23 kes positif COVID-19 dicatat termasuk penambahan 13 kes baharu pada hari ini.