Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Indah
Komuniti
12 Jun 2021
22 Mei 2021
21
Nabawan
Keningau, Nabawan
Kluster Indah - Nabawan berkaitan majlis pertunangan di Kampung Indah, Nabawan pada 20 Mei 2021, malah penularan wabak COVID-19 dalam kluster ini melibatkan generasi kedua. Kes indeks merupakan warganegara, wanita, 34, yang dikesan positif melalui saringan prarawatan pada 22 Mei 2021, namun tidak menunjukkan sebarang gejala. Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 124 kontak menemukan 20 lagi kes positif dan merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 21 kes. Daripada jumlah yang disaring, 100 individu didapati negatif saringan pertama dan tiga (3) individu masih menunggu keputusan ujian saringan. Semua kes positif telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Keningau. Manakala, kontak rapat pula telah diarahkan kuarantin. Berdasarkan penelitian, kes indeks berkemungkinan mendapat jangkitan daripada komuniti .