Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Ambar Park
12 Jun 2021
1 Jun 2021
16
Tawau
Tawau
Kluster Ambar Park - Tawau direkodkan di Mukim Sri Tanjung di daerah Tawau melalui saringan Brought In Dead (BID) terhadap kluster indeks iaitu warganegara, lelaki, 71, yang disahkan positif ujian RTK-Ag 100% pada 1 Jun 2021. Susulan kes itu, 45 kontak rapat telah disaring dan mengesan 15 lagi kes positif COVID-19 yang turut melibatkan kes jangkitan kontak keluarga generasi kedua, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes. Manakala, 28 kontak didapati negatif dan seorang (1) kontak masih menunggu keputusan ujian. Berdasarkan maklumat, dianggarkan lebih 50 ahli keluarga dan kontak sosial telah menziarahi kes indeks untuk majlis doa selamat di rumah kes indeks, di Kg Kadazan, Ambar Park. Pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan.