Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kg Lobou
10 Jun 2021
15
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu

Kluster Kluster Kg Lobou - Kota Kinabalu mencatat tujuh (7) kes baharu pada hari ini, hasil saringan kontak rapat dan saringan bergejala yang mempunyai epidemiologi dengan upacara keagamaan di gereja SIB Kg Lobou, Menggatal sepanjang 16 hingga 23 Mei 2021. Kes indeks merupakan kakitangan awam, lelaki, 35, juga ahli gereja yang disahkan positif dalam saringan bergejala di Klinik Ajie Bandar Sierra, sebelum dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. Daripada 62 sampel, 15 sampel dikesan positif, sementara 19 sampel negatif dan 28 lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan.