Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Wisma
Tempat Kerja
9 Jun 2021
4 Jun 2021
6
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Kluster Jalan Wisma, Kota Kinabalu melibatkan tujuh (7) kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja B Bang Capsule Hotel, di pusat bandar raya. Kes indeks merupakan lelaki, 24, tukang masak di hotel tersebut dikesan positif melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Harington pada 04 Jun 2021 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. Susulan kes itu, 25 sampel telah diambil dan mendapati enam (6) lagi kes positif, 12 negatif sementara enam (6) sampel masih menunggu keputusan. Berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan COVID-19 berpunca daripada kurangnya pemahaman mengenai pematuhan SOP yang ketat dalam kawasan tempat kerja. Siasatan lanjut masih dijalankan.