Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Lot Sembilan
Tempat Kerja
9 Jun 2021
24 Mei 2021
24
Beaufort
Kuala Penyu, Beaufort
Kluster Lot Sembilan; Beaufort, Kuala Penyu mula direkodkan di Hospital Beaufort apabila kes indeks, pegawai lelaki, 36, di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuala Penyu dikesan positif dalam saringan bergejala pada 24 Mei 2021. Saringan kontak kemudiannya mendapati 11 pekerja AIM positif COVID-19, termasuk empat (4) orang yang berulang-alik bertugas di Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Labuan. Hal ini telah membawa kepada penularan wabak dalam kalangan ahli keluarga yang kini mencatat jumlah kumulatif sebanyak 24 kes. Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Beaufort dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Penyu kini sedang giat menjalankan pengesanan kontak secara lebih komprehensif dan meluas bagi membendung penularan wabak dalam kalangan komuniti.