Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Taman Wawasan
7 Jun 2021
18 Mei 2021
30
Beaufort
Kota Kinabalu, Papar, Beaufort
Kluster Taman Wawasan yang melibatkan daerah Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu direkodkan di Hospital Papar apabila ujian RT-PCR kluster indeks, lelaki, 66, disahkan positif pada 18 Mei 2021, setelah bergejala sejak 07 Mei 2021 namun tidak mendapatkan rawatan. Saringan kontak pada 22 Mei 2021 mendapati dua (2) kes positif masing-masing di Klinik Kesihatan dan klinik swasta di Kota Kinabalu. Kedua-dua kontak rapat ini terlibat dengan aktiviti kunjung-mengunjung semasa hari raya di Kampung Tarap Bongawan. Turut dikesan positif, empat (4) sekeluarga di Taman Wawasan Beaufort yang membawa kepada penemuan 16 lagi kes positif di taman terbabit. Pada hari ini, tujuh (7) kes baharu dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes. Aktiviti saringan serta mengenal pasti punca jangkitan masih giat dijalankan.