Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kampung Bolong Baru
Komuniti
7 Jun 2021
27 Mei 2021
33
Tuaran
Tuaran, Kota Belud
Kluster Kampung Bolong Baru yang melibatkan daerah Tuaran dan Kota Belud adalah kluster ekoran sambutan aidilfitri yang menular dalam komuniti dan tempat kerja. Kes indeks ialah suri rumah, 28, dari Kg Bolong Baru yang mempunyai gejala demam, sakit tekak, selesma, batuk dan hilang deria bau sejak 22 Mei 2021, sebelum disahkan positif RTK Antigen pada 27 Mei 2021. Susulan penemuan kes positif itu, saringan kontak dijalankan bermula pada 27 Mei 2021 terhadap 259 kontak rapat dan tempat kerja iaitu QL Marine, Tuaran. Daripada jumlah itu, 26 kes positif didaftarkan di daerah Tuaran manakala tujuh (7) kes lagi di daerah Kota Belud, menjadikan jumlah terkini sebanyak 33 kes. Berdasarkan maklumat, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada ahli keluarga dalam aktiviti kunjung - mengunjung pada hari raya pertama dan kedua di Kg Bolong Baru, Kg Tambalang dan Kg Kota, Tuaran.