Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Hamparan
Tempat Kerja
7 Jun 2021
29 Mei 2021
27
Kinabatangan
Kinabatangan
Kluster Hamparan, Kinabatangan membabitkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja serta keluarga di Kilang Sawit Ong YaHoo, Kinabatangan. Kes indeks merupakan wanita, 26, pekerja pengurusan (Quality Assurance Executive) di kilang berkenaan yang disahkan positif (RTK-Ag) di Klinik Swasta Mabello Paris 3 pada 29 Mei 2021, setelah mengalami gejala sejak 25 Mei 2021. Saringan kontak mendapati 17 kes positif di tempat kerja serta sembilan (9) kes lagi adalah kontak tanggungan (dependant), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27 kes. Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja kilang dan ladang yang lain.