Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Ketiau Tombovo
6 Jun 2021
29 Mei 2021
9
Putatan
Putatan
Kluster Ketiau Tombovo, Putatan merupakan kluster jenis komuniti dan keagamaan yang merekodkan jumlah terkini sebanyak sembilan (9) kes positif COVID-19 bagi daerah Putatan. Kes indeks, lelaki, 63, dilaporkan mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak dan hilang deria rasa sejak 27 Mei 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag di Klinik Kesihatan Putatan pada 29 Mei 2021. Susulan kes itu, saringan kontak pada 30 Jun 2021 mendapati lapan (8) lagi kes positif termasuk dua (2) kes kontak serumah dan enam (6) kes kontak rapat kepada rakan serumah kes indeks yang bekerja di kilang ayam, QL Agroventure Sdn. Bhd. Setakat ini, aktiviti saringan dan kawalan masih dijalankan secara aktif.