Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kg Gusi
6 Jun 2021
4 Jun 2021
25
Papar
Papar
Kluster Kg Gusi, Papar pada hari ini merekodkan enam (6) kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes. Kes indeks bagi kluster jenis komuniti dan keagamaan ini merupakan lelaki, 60, bersama isterinya yang mula bergejala sejak 28 Mei 2021 sebelum disahkan positif di Hospital Papar. Turut dikesan positif, 16 rakan serumah melalui saringan kontak rapat. Pada 04 Jun 2021, Pejabat Kesihatan Daerah Papar menjalankan saringan bersasar di Surau Al-Kautsar iaitu tempat kes indeks menunaikan solat maghrib dan Isyak. Daripada 31 jemaah yang disaring, lima (5) daripada mereka didapati positif. Dalam perkembangan berkaitan, dua (2) lagi kes positif dikesan masing-masing menerusi saringan bergejala di Hospital Papar dan saringan pra-rawatan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu pada 02 Jun 2021. Kedua-dua individu berkenaan adalah penduduk Kg Gusi dan mempunyai sejarah menunaikan solat di Surau Al-Kautsar sejak dua minggu lalu. Kini, aktiviti saringan dan kawalan masih giat dijalankan.