Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Tamalang
6 Jun 2021
27 Mei 2021
27
Kota Belud
Kota Belud
Kluster Tamalang, Kota Belud melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang merekodkan jumlah kumulatif positif COVID-19 sebanyak 27 kes. Pada 27 Mei 2021, kes indeks, lelaki, 25, dikesan positif selepas menjalani saringan bergejala di Hospital Kota Belud. Saringan kontak rapat kemudian mendapati 17 lagi kes positif RTK-Ag dan RT-PCR pada 27 Mei 2021 hingga 03 Jun 2021. Turut disahkan positif, sembilan (9) kontak sosial kepada Jurulatih Akademi Memandu Kota Belud di Kg Tamalang Kota Belud, memandangkan kes indeks menjalani latihan dan ujian memandu di akademi terbabit mulai 23 hingga 27 Mei 2021. Berdasarkan maklumat awal, penularan jangkitan dipercayai ekoran aktiviti sosial komuniti di lokaliti terbabit seperti kelas mengaji Al-Quran, latihan dan ujian memandu serta aktiviti ziarah keluarga dan jiran. Bagaimanapun, siasatan punca sebenar jangkitan dan saringan masih giat dijalankan.