Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Murni C
6 Jun 2021
22 Mei 2021
25
Nabawan
Penampang, Nabawan
Kluster Murni C: Nabawan, Penampang merupakan kluster yang tercetus berikutan majlis penghormatan terakhir dan pengebumian di Kg Murni C, Nabawan pada 20 hingga 21 Mei 2021. Kluster ini didaftarkan di Penampang apabila kluster indeks, lelaki warganegara, 33, mengalami gejala demam dan sesak nafas sejak 20 Mei 2021, disahkan positif di Klinik Kesihatan Penampang pada 22 Mei 2021. Pengesanan secara aktif berjaya menyaring 121 individu terdiri daripada keluarga, kontak rapat dan kontak kasual. Daripada jumlah tersebut, 21 kes didapati positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes, sementara 86 individu masih menunggu keputusan saringan pertama serta seorang (1) kontak pula negatif. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Aktiviti saringan dan kawalan masih giat dijalankan.