Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Sawit
6 Jun 2021
31 Mei 2021
29
Kinabatangan
Kinabatangan
Kluster Sawit, Kinabatangan melibatkan penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti dan tempat kerja iaitu di Ladang Sawit Syarimo, Kinabatangan. Kes Indeks merupakan kerani wanita, 25, yang dikesan positiF RTK-Ag melalui saringan masuk kerja di Klinik Swasta Mabello Paris 3 pada 31 Mei 2021. Saringan kontak kemudiannya mendapati 28 lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29 kes. Jumlah tersebut merangkumi 14 kes kontak di tempat kerja manakala baki 15 kes adalah jangkitan terhadap kontak tanggungan (dependant). Semua kes positif kini menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah Kinabatangan selepas dinilai di Hospital Kinabatangan. Setakat hari ini, aktiviti disinfeksi diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang yang lain.