Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Utama
6 Jun 2021
28 Mei 2021
15
Sandakan
Sandakan
Kluster Jalan Utama di daerah Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang mencatat jumlah terkini sebanyak 15 kes, Kes indeks adalah pekerja wanita, 51, di MPI Generali Insurans Berhad (Cawangan Sandakan) yang disahkan positif RTK Anitigen di klinik swasta pada 28 Mei 2021, setelah mengalami gejala demam pada hari sebelumnya. Susulan kes itu, hasil saringan terhadap 78 individu mengesan 14 lagi kes positif COVID-19 yang terdiri daripada tujuh (7) kes kontak di tempat kerja, lima (5) kes kontak serumah dan dua (2) kes kontak sosial. Siasatan awal mendapati penularan jangkitan berlaku di dalam ruangan tempat kerja syarikat insurans berkenaan.