Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kg Blok 31
5 Jun 2021
27 Mei 2021
31
Tawau
Tawau
Kluster Kg Blok 31 - Tawau berlaku ekoran aktiviti kunjung-mengunjung semasa sambutan aidilfitri. Kluster ini mula direkodkan apabila kluster indeks, suri rumah, 71, disahkan positif COVID-19 melalui saringan Brought In Dead (BID) di Hospital Tawau pada 27 Mei 2021. Susulan itu, saringan kontak rapat mendapati tiga (3) kes positif pada 30 Mei 2021 dan 21 kes baharu dikesan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31 kes. Aktiviti pengesanan kontak dan mengenalpasti punca jangkitan sedang giat dijalankan.