Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Gambaron
5 Jun 2021
2 Jun 2021
12
Telupid
Sandakan, Telupid
Kluster Gambaron - Telupid, Sandakan adalah kluster tempat kerja yang mencatat dua (2) kes positif baharu pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes. Kluster indeks merupakan lelaki, 32, yang bergejala demam, batuk dan sesak nafas sejak 26 Mei 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag di Klinik Kesihatan Telupid pada 02 Jun 2021. Saringan susulan mendapati lapan (8) kes di tempat kerja (Kg Gambaron) serta sekitar daerah Telupid dan satu (1) lagi kes di Sandakan. Berdasarkan siasatan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri perjumpaan sosial bersama kontak pada 22 Mei 2021 di sebuah kafe di Telupid. Selain itu, penularan kes juga disumbang oleh beberapa rakan sekerja kes indeks yang telah pulang ke kawasan berisiko tinggi (Tawau) untuk menyambut hari lebaran pada 07 hingga 16 Mei 2021. Setakat ini, 136 individu telah disaring dan aktiviti saringan serta siasatan punca jangkitan masih lagi diteruskan.