Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Tanjung Kapor
12 Mei 2021
9 Mei 2021
8
Semporna
Semporna
Kluster Tanjung Kapor di Semporna merupakan kluster komuniti dan melibatkan seorang wanita mengandung 27 minggu, warganegara Malaysia, 31, sebagai kes indeks. Pada 09 Mei 2021, kes indeks yang mengalami kekejangan otot di bahagian bawah abdomen telah dibawa ke Hospital Semporna namun didapati positif RTK Antigen 100 peratus selepas saringan pra-kemasukan hospital. Saringan kontak rapat pula mendapati tujuh (7) daripada lapan (8) isi rumah kes indeks didapati positif COVID-19 sekaligus mencatat jumlah terkini bagi klusteri ini seramai lapan (8) orang.