Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Coastal Sembulan
3 Jun 2021
27 Mei 2021
7
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Kluster Jalan Coastal Sembulan Kota Kinabalu melibatkan kakitangan syarikat konsesi parkir, Secure Parking dekat Riverson Sembulan di ibu negeri. Kluster indeks merupakan lelaki, 38, juruteknik di syarikat terbabit telah bergejala sejak 25 Mei 2021, sebelum disahkan positif pada 27 Mei 2021 oleh Klinik Kesihatan Luyang. Susulan kes itu, hasil saringan kontak mendapati enam (6) lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif kluster ini sebanyak tujuh (7) kes, termasuk satu (1) kes di Papar dan enam (6) kes di Kota Kinabalu. Berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan COVID-19 berkemungkinan merebak di kawasan tempat kerja. Pasukan kesihatan kini giat menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan punca jangkitan.