Kluster Kauran-Durok di Keningau melibatkan kes Selangor yang dikesan pada
24 Mei 2021 di Hospital Serdang. Kes indeks merupakan wanita, 30, yang balik bercuti ke Sabah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 12 hingga 22 Mei 2021. Susulan itu, saringan bersasar terhadap 31 kontak rapat mendapati 12 daripadanya positif RTK-Antigen iaitu empat (4) kes dari Kg. Kauran dan lapan (8) kes dari Kg. Durok Baru pada 25 Mei 2021. Berdasarkan maklumat awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan semasa sambutan aidilfitri di antara 19 Mei 2021 hingga 21 Mei 2021. Pengesanan kontak rapat juga sedang dijalankan.