Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Sungai Pukul
26 Mei 2021
22 Mei 2021
18
Tawau
Tawau
Kluster Sungai Pukul di Tawau melibatkan jangkitan semasa aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan aidilfitri. Kes indeks merupakan suri rumah, 63, disahkan positif COVID-19 di Hospital Tawau pada 22 Mei 2021, selepas mengalami gejala sejak 18 Mei 2021. Saringan kontak rapat mendapati tujuh (7) kes positif dalam kalangan keluarga kes indeks pada 25 Mei 2021, sebelum 10 lagi kes dikesan menjadikan jumlah kumulatif setakat hari ini sebanyak 18 kes. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat serta punca jangkitan sedang giat dijalankan.