Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kalabakan Selatan
25 Mei 2021
20 Mei 2021
22
Kalabakan
Kalabakan
Kluster Kalabakan Selatan di Kalabakan adalah kluster tempat kerja yang
melibatkan para pekerja Ladang FGV Holdings Kalabakan Selatan. Kes indeks
merupakan lelaki, 55 , yang juga pengurus ladang terbabit disahkan positif COVID-19
hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 20 Mei 2021, sebelum 21 kes lagi positif
dikesan dalam kalangan kontak rapat, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22 kes
setakat hari ini. Berdasarkan maklumat awal, kes indeks dipercayai mendapat
jangkitan ketika menziarahi rumah pekerja di kuarters Ladang FGV Holdings
Kalabakan Selatan pada Hari Raya Aidilfitri.