Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kampung Padawan
24 Mei 2021
22 Mei 2021
6
Papar
Kota Kinabalu, Papar
Kluster Kampung Padawan ialah kluster yang melibatkan sebuah majlis pengebumian yang dilakukan di Kampung Padawan pada tarikh 17 Mei 2021 hingga 19 Mei 2021. Majlis ini dihadiri oleh keluarga-keluarga terdekat yang datang dari pelbagai daerah yang berbeza. Sepanjang majlis diadakan, penjarakan fizikal tidak dapat dikawal dengan baik dan terdapat juga aktiviti berkumpul seccara beramai-ramai pada malam hari serta makan dan minum bersama. Dengan berlakunya aktiviti yang tiada pematuhan SOP sepanjang tiga hari ini, dikhuatiri risiko jangkitan Covid 19 telah berlaku.
 
Kes indeks kepada kluster ini berasal dari Kampung Dambai, Inanam. Kes indeks bersama tiga (3) orang anak-anaknya, turut hadir pada majlis pengebumian di Kampung Padawan pada 19 Mei 2021. Beliau juga sudah mula bergejala sejak 19 Mei 2021. Mereka telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Inanam pada 22 Mei 2021. Pada masa yang sama, disebabkan mereka semua bergejala, saringan RTK-Ag untuk Covid-19 diambil untuk ke semua mereka dan keputusan didapati positf bagi keempat-empat mereka.
 
Sejurus selepas menerima khabar saudara mereka dari Kampung Dambai, Inanam positif Covid-19, beberapa ahli keluarga dari daerah Papar yang turut hadir pada majlis tersebut telah membuat inisiatif untuk membuat saringan Covid-19 di Klinik Swasta di Pekan Papar. Daripada saringan tersebut, 6 lagi kes didapati positif Covid-19, hasil daripada ujian RTK-Ag yang dijalankan. Secara kumulatif, sejumlah 36 saringan RTK-Ag dibuat di Klinik swasta dan 113 saringan RT-PCR diambil oleh PKD Papar kepada kontak rapat yang menghadiri majlis tersebut.