Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Taman Deluxe
24 Mei 2021
15 Mei 2021
12
Penampang
Penampang, Semporna
Kluster ini melibatkan ahli keluarga di Taman Deluxe, Penampang dan juga ahli keluarga di Kg Bubul, Batu 2, Semporna. Ahli keluarga di Taman Deluxe ada balik beraya di Kg Batu 2, Semporna.

Kes indeks, ialah seorang surirumah tangga. Kes pada mulanya tinggal di Kg Batu 2, Semporna, tetapi telah mengikut ahli keluarganya pada 15 Mei 2021 untuk tinggal bersama anak-anaknya di Taman Deluxe, Penampang.

Kes indeks mula bergejala pada 15 Mei 2021 dan datang ke KK Putatan untuk menjalani saringan COVID-19 pada 19 Mei 2021 dan didapati positif RTK-Ag 100% pada hari tersebut.

Punca perebakan berkemungkinan besar berlaku semasa sambutan hari raya di Kg Batu 2, Semporna dari 13-15 Mei 2021.

Setakat jam 12 tengah hari 24 Mei 2021, sebanyak 12 kes positif dikesan dari 14 orang yang disaring. Aktiviti siasatan masih diteruskan di lapangan untuk menyiasat punca jangkitan