Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Mangga
23 Mei 2021
13 Mei 2021
14
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Kluster Jalan Mangga bagi daerah Kota Kinabalu telah diisytiharkan berlaku berpunca daripada aktiviti sosial majlis sambutan hari jadi di sebuah restoran di Kolombong, Kota Kinabalu. Kluster ini melibatkan individu atau pengunjung di Little Nanyang Bakuteh, Kolombong, Kota Kinabalu pada 13 Mei 2021 dan telah menjangkiti ahli keluarga sehingga jangkitan generasi kedua. Kes Indeks dalam kluster ini dikesan positif dari hasil ujian saringan bergejala pada 18 Mei 2021 di Klinik Medisinar, Bundusan, Penampang.

Kes indeks bagi kluster ini adalah merupakan seorang lelaki berumur 69 tahun yang beralamat di Public Mission St. Catherine, Inanam, Kionsom. Kes ini telah dikesan melalui gejala demam pada 16 Mei 2021. Kes ini seterusnya menjalani ujian saringan RTK Antigen di Klinik Medisinar, Bundusan pada 18 Mei 2021 dengan keputusan positif (100% grading). Kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Pasukan kawalan telah menjalankan aktiviti pengesanan kontak yang terlibat dan mengarahkan agar ujian saringan COVID-19 dilakukan. Keseluruhan, seramai 14 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini.